Saturday, January 23, 2010

Wawachan


Kita perlu bina keyakinan diri untuk memastikan kita berdaya saing dan mencorak interpersonal yang mampan.

(Gambar sekadar hiasan)

Intan Rentas Desa


Hari ini, Intan merentas desa tapi tak pasti prestasinya. Nampak steady saje, tapi lepas Maghrib dia tertidur.

Cuti-cuti Malaysia


Kononnya, manusia sekarang sangat sibuk dengan urusan harian. Agaknya sayapun dah terkait begitu sampai lupa nak post dalam blog.
Sibuk-sibukpun, minggu lalu saya bawa keluarga ke Hutan Lipur Sg Chongkak. Dah lama tak pergi sana, sejak balik dari bertugas di Sabah mulai pertengahan 1999 hingga Disember 2002. Takut air nyaman sejuk itu dah takde lagi.
Alhamdulillah, perjalanan lancar, cuma jalan agak sempit rasanya dek pembangunan yang pesat. Kanan kiri sepanjang jalan banyak benda baru, yang paling seronok gerai buah-buahan makin banyak, tapi takut nak singgah - TAK ADA TANDA HARGA! Saya yakin kalau pengerai meletak tanda harga masing-masing, makin ramai yang berani berhenti - kan semua orang nak untung.
Sekarang nak masuk Hutan Lipur kena bayar RM1/- untuk dewasa dan >12 tahun. Okla tu, buat modal pengusaha menyelenggara tempat biar bersih dan cantik. Sayangnya kemudahan asas berdekatan pejabat pentadbiran tidak dibuka tanpa apa-apa tanda/makluman, rosakke?
Pasal airnya, tambah banyak dan masih menyegarkan.
Lama juga berendam sambil melihat pelbagai aktiviti pengunjung - berbagai ragam.
Lepas tu pergi Zoo. Tak jadi masuk kerana sorang RM25/-. Melihat reaksi pengunjung yang bawa keluarga satu van, aku teringat ketika menjadi pelancong di Afrika Selatan.

(Gambar sekadar hiasan)

Sunday, January 17, 2010

Projek KIK


Kata mudahnya, mengendali sesi dokumentasi projek KIK adalah memastikan Kriteria Penilaian Persembahan Projek KIK dipatuhi oleh kumpulan.
Namun sebenarnya, kita perlu pemikiran yang pragmatik. Maksudnya, kita perlu berhati-hati untuk menentu ketepatan penjelasan projek mengikut keperluan kriteria kerana kita hanya bersama kumpulan pada ketika kumpulan telah selesai melaksana dan menilai hasil projek.
Malah strategi dokumentasi satu projek dengan satu projek yang lain juga berlainan walaupun menggunakan Kriteria Penilaian Persembahan Projek yang sama.
(Gambar Bengkel Pengukuhan KMK UiTM, Sri Malaysia Genting. Dalam mesyuarat ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu KMK UiTM bersetuju menerima pakai konsep KIK untuk dilaksanakan di UiTM.)

Friday, January 15, 2010

Di Negara Orang

Alhamdulillah, jam 11.00 (D) atau 13.01 (M) yati sms - semua ok dan perkataan sms jelas mengambarkan keceriaannya.
Begitulah resam dihidup dinegara orang, kebetulan kedatangan kita telah diketahui dan dinanti. Sebaliknya, sebagai anak rantau kita harus tahu diri, tahu diuntung!
Semoga Allah SWT mempermudahkan perjuangan dan kuatkan imannya dan pulang menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Tuesday, January 12, 2010

Di mana Bumi dipijak, Disitu Langit Dijunjung


Kira-kira jam 0300 (D) atau 1530 (M) semalam Yati telefon dari Dallas minta hantar selimut kerana kesejukan. Masa tu juga, rasa jiwa nak terbang ke sana!
Pun biarlah ia jadi pengajaran yang mahal untuk memulakan kehidupan di rantau, berjauhan dari keluarga, masyarakat dan budaya berbeza. Sebaliknya, sebagai manusia kita harus bijak untuk memulakan kehidupan dalam apujua situasi. Bak kata orang Johor; hati mau baik be... Ramah dengan rakan... dan banyak lagi pesan orang-orang tua mengenai hidup jauh di perantauan.
Di manapun kita berada, fitrah manusia tetap sama; ingin yang terbaik, mahu hidup berjasa dan mahu dikenang orang. Justeru, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Sunday, January 10, 2010

http//kmankzk@wordpress.com



Baru membaca blog rakan ICC, Encik Kman dari MPC Kuantan. Perkongsiannya amat murni dan menarik - tujuannya untuk berkongsi ilmu ICC disepanjang penglibatan beliau sebagai pengamal, perunding dan panel penilai selain menjadi mengurus Konvensyen ICC MPC sebelum berpindan ke Kuantan.
Mengenali beliau in-person juga amat menarik, selain pandai bermain golf, ceritanya tidak habis-habis mengenai ICC. Cuma sekarang ni saya dengar dia susah hendak tidur.
Saya selitkan gambar ketika menghadiri Konvensyen ICC di Beijing pada 2007 bersama beliau dan Encik Kamaruddin, Encik Saberi, Tuan Syed (sekadar menyebut beberapa nama yang masih dalam ingatan).

Yati di Dallas

Alhamdulillah, jam 905(M) lebih kurang 2100 (D) terima sms yati dah tiba dirumah keluarga angkatnya Chuck. Bunyinya mesra: sambil lipat kain tengok tv. Dinner fish & cip. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. (ikut internet di Dallas -2C)

Saturday, January 9, 2010

Haryati ke SMU, Dallas

8/01/2010, jam 23.55. Haryati berlepas dari KLIA ke London sebelum menyambung penerbangan ke Dallas untuk memulakan pengajiannya di sana selama 2 tahun.
Alhamdulillah, jam 14.37 (M) atau 7.00 (L) sms pertama darinya menyatakan telah selamat sampai di London.
Moga Allah memberi ketabahan dan keselamatan selama diperantuan untuk menimba ilmu.

Salam Perkenalan



Kini saya bertugas di Bahagian Pengurusan Kualiti, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam sebagai Ketua Bahagian. Selain menyenggara sistem pengurusan kualiti Pejabat Pendaftar juga sebagai Ketua Audit Dalaman ISO UiTM, Setiausaha, Urusetia KIK UiTM dan Setiausaha, Sekretariat Budaya PERDANA UiTM.
Secara aktif terlibat sebagai penceramah dan perunding inisiatif kualiti terutama pelaksanaan PKPA dalam pengurusan organisasi dan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) atau ICC.
Pernah menyertai International ICC Convensyen di Tokyo pada 2003 dan di Beijing, China pada 2007.